BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, July 26, 2010

ISL 3 - JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)


KONSEP

Jadual yang mengambarkan ciri sesuatu ujian dari segi kandungannya sendiri iaitu:
  a) Konstruk yang ditaksir.
  b) Pemberatan setiap konstruk.
  c) Konteks.
  d) Pemberatan setiap konteks & taburan aras kesukaran.

CIRI-CIRI

  • Mempunyai 2 paksi dalam matriks iaitu menegak & melintang.
  • Bilangan item mengikut aras & kemahiran dalam toksonomi.
  • Soalan berdasarkan topik pembelajaran.
  • Mempunyai pemberatan peratus kemahiran.
  • Mempunyai bil item mengikut bentuk dan kesukaran.
  • Bentuk ujian: Obj, esei, amali, kertas kursus



KEPENTINGAN

  • Boleh membina soalan berdasarkan panduan dlm aras toksonomi.
  • Menjamin kesahan kandungan.
  • Menimbulkan rasa kepentingan topik.
  • Menentukan keseimbangan topik.
  • Memberi panduan membentuk format.
  • Menstabilkan taraf & aras kesukaran.
  • Membolehkan perbandingan dibuat.



LANGKAH PEMBINAAN JSU

  • Memilih isi kandungan dlm jadual.
  • Menyenaraikan isi kandungan dlm jadual.
  • Menentukan aras kemahiran & kesukaran, kemudian menyusunnya secara mengufuk  dlm JSU.
  • Menentukan bil item berdasarkan isi & aras kemahiran, kemudian menulis bil soalan dalam petak berkenaan.
  • Menyemak bil soalan dengan menjumlahkan semua soalan dlm setiap baris secara tegak & mengufuk.



INDEKS KESUKARAN (Ik)

  • Menentukan soalan item sama ada  sukar, sederhana @ terlalu mudah.
  • Nilai pengiraan:
            Iĸ = B          **B = bil calon menjawab dengan betul
            J                 **J = bil calon menduduki peperiksaan.
         

 Jika  calon ramai:

   Iĸ = Bτ + Bг    ** Bτ = jum pelajar menjawab betul dlm kump. tinggi
   J                    ** Bг = jum pelajar menjawab betul dlm kump. rendah
                          ** J = jum pelajar yg menduduki peperiksaan.


PRINSIP/HUKUM

  • Kesahan isi: Mengukur pencapaian murid dengan apa yang sudah diajar.
  • Kebolehpercayaan: Pencapaian yg ketekalan.
  • Keobjektifan: Kemahiran memeriksa skrip jawapan calon.
  • Kebolehtadbiran: Kelicinan perlaksanaan ujian itu di dalam bilik darjah/ dewan peperiksaan.
  • Kemudahtafisran: Mendapatkan pencapaian/maklumat mengenai individu/kumpulan.
  • Boleh diskriminasi.






ISL 2 - TAKSONOMI BLOOM & DOMAIN KRATHWOHL

TAKSONOMI KOGNITIF BLOOM (1956)

Menitikberatkan aspek kognitif atau pengetahuan, bercorak hierarki (tahap rendah ke tahap tinggi) dan membuat soalan pelbagai aras untuk menguji tahap berfikir pelajar.

Tahap Taksonomi Bloom:

1.Pengetahuan

Ingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi teori, hukum, tarikh, peristiwa dll daripada pembelajaran yang lepas.
Istilah: Nyatakan, terangkan, namakan, labelkan.

2.Kefahaman

Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada satu bentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep, menterjemah draf.
Istilah: Pilih, terangkan, tulis semula.

3.Penggunaan 

Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk menyelesaikan masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori, formula. Bina graf daripada data, dan lain-lain.
Istilah: selesaikan, ramalkan, cari, kesilapan, bina alat.

4.Analisis

Sesuatu yang kompleks dipecahkan kepada yang kecil, bezakan fakta daripada pendapat, kaitan kenal di antara bahagian, kenali struktur organisasi.
Istilah: Bezakan, pasti, pilih.

5.Sintesis

Menyepadu, mencantum idea menjadi satu, usaha tersendiri, menyelesaikan masalah, membuat ramalan, membuat klasifikasi.
Istilah: Bina, hasilkan, susun, kembangkan.

6.Penilaian

Membuat pertimbangan termasuk memberi rasional atas alasan dalaman atau luaran, menafsir dan mengkritik
Istilah: Pilih, berikan alasan, kritikan, buktikan.

DOMAIN KRATHWOL

Krathwohl dan rakan-rakan, (1964) adalah antara penyelidik yang julungkali menggunakan terminologi ‘afektif’ (affective) dalam memperkenalkan satu lagi domain penting dalam hidup manusia. Ia digunakan sebagai satu lagi objektif pengajaran di samping aras-aras yang terdapat dalam domain kognitif yang telah diperkenalkan oleh Bloom dan rakan-rakan pada tahun 1956. 


Krathwohl mengkategorikan domain afektif sebagai terdiri daripada; penerimaan (receiving), tindak-balas (responding), menilai (valuing), menyelaraskan sistem nilai (organizing a value set), dan mengamalkan sesuatu mengikut sistem nilai yang kompleks (characterizing by value complex). Diasaskan oleh, David R. Krathwohl. 


Merupakan bidang berhubung dengan perasaan, emosi dan sikap. Guru harus berkebolehan menggunakan unsur afektif untuk mewujudkan satu suasana pembelajaran yang baik. Pembelajaran dapat dijalankandengan berkesan dengan adanya murid yang dapat membentuk sikap positif.

1.PENERIMAAN 

Berhubung dengan kemahuan pelajar untuk memberi perhatian. Tindakan pelajar mencerminkan satu kesedaran atau perhatian terhadap ransangan dan peristiwa atau persekitaran yang berhubung dengan domain afektif. Konteks pengajaran menekankan kepada kebolehan mendengar, menanyakan soalan, mengenal bahagian-bahagian ayat dan menjawab dengan lengkap. 

Terdapat tiga perkara berhubung dengan aras ini iaitu:
(a) Kesedaran - pelajar dikatakan sedar dengan objek atau peristiwa jika berlaku semasa kehadiran mereka.
(b) Kesudian untuk menerima - sesuatu pengajaran harus disampaikan di dalam
satu suasana atau keadaan yang bermakna dan menarik.
(c) Perhatian yang terkawal atau terpilih – pelajar membezakan keseluruhan keadaan kepada 2 bahagian atau kepada bahagian-bahagian komponen dan kemudian memilih satu daripda aspek tertentu dan terus memberi perhatian

2.GERAK BALAS

Melibatkan diri secara aktif terhadap sesuatu dan mendapat kepuasan daripadanya. Pada aras ini, pelajar bersedia dan rela untuk membuat reaksi yang mudah terhadap sesuatu objek atau situasi.

3.MENILAI 

Pada peringkat ini perlakuan adalah didasarkan atas konsep dan prinsip yang telah dinuranikan sehingga menjadi kepercayaan. Perlakuan cenderung menjadi konsisten walaupun dalam keadaan yang berbeza jika kepercayaan itu boleh dipratikkan.

4.ORGANISASI 

Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai. Apabila lebih daripada satu nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan. Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya. 

5.Perwatakan

Kesanggupan bertindak dengan konsisten selari dengan nilai yang dipegang. Perubahan tingkahlaku selepas sesi pengajaran dan pembelajaran.
Objektif am: Mengekalkan nilai-nilai dalam P&P.
Objektif khusus: Disiplin dalam mengekalkan nilai

Saturday, July 3, 2010

ISL 1 - KONSEP PENTAKSIRAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN

KONSEP PENTAKSIRAN

Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang  produk sesuatu proses pendidikan.
ü  Proses      : Langkah / tindakan / operasi yang digunakan untuk mendapatkan hasil yang dikehendaki.
ü  Maklumat            : Bukti tentang prestasi pelajar dalam sesuatu perkara yang ditaksir.
ü  Penghakiman : Proses pertimbangan tentang pencapaian pendidikan pelajar.
ü  Produk     : Pengetahuan, kemahiran dan nilai yang pelajar peroleh setelah melalui proses pendidikan.

Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang pelajar bagi tujuan tertentu.


Pentaksiran haruslah dilihat sebagai :

  • Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran.
  • Aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran. 
  • Aktiviti yang dijalankan secara berterusan.
  • Aktiviti yag bertujuan untuk mendapatkan pembelajaran yang baik.



KONSEP PENGUJIAN

Ø     Ujian : Suatu cara sistematik untuk mengukur perubahan tingkah laku individu individu (pelajar).
Ø     Bahan ukur : Soalan yang kebolehpercayaan.
Ø     Tujuan pengujian : mengesan kemajuan / pencapaian / penguasaan pelajar terhadap suatu   bidang pelajaran.

Ø     Alat pengukur :
1) Kognitif.
2) Psikomotor.
3) Afektif.

Ø     Penilaian / pencapaian pada tahap eksplisit : Perubahan tingkah laku yang nyata, menjawab    secara lisan atau bertulis.

Ø     Peringkat  pengujian : 

  1.      Persediaan.
  2.      Pelaksanaan.
  3.      Pemeriksaan.




     




 KONSEP PENILAIAN

    • Proses pengumpulan maklumat.
    • Proses membuat analisis.
    • Selepas peperiksaan dan pentaksiran.
    • Tindakan selanjutnya.


    Prosedur :
    1) Persediaan Ujian.
    2) Pentadbiran Ujian (Pemilihan Lokasi).
    3)  Pemeriksaan Dan Pengukuran Ujian.
    4) Buat Analisis.
    5) Interpretasi / Dapatan / Tindakan.