BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, October 7, 2010

ISL 10 - PENILAIAN AKTIVITI BAHASA

FORUM
  • Sesi perbincangan melibatkan beberapa ahli panel untuk mencanai fikiran dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu tajuk.
  • Dijalankan secara formal.
  • Teknik berforum merupakan salah satu aktiviti lisan yang sesuai kerana :
  • Pelajar akan berkongsi pengetahuan dan pengalaman secara langsung
  • Meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan fikiran dengan jelas, objektif, kreatif dan rasional.
  • Tajuk forum haruslah dipilih dengan mudah, menarik dan mencabar selaras dengan kemahiran, pencapaian serta peringkat umur pelajar.
  • Soalan daripada penonton boleh diajukan kepada para panel untuk mendapatkan ulasan selanjutnya.


DEBAT
  • Pengucapan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu pendirian dengan alasan yang logik dan idea yang tersusun.
  • Terdapat dua pihak yang akan mengutarakan pendapat masing-masing sama ada pihak pertama terdiri daripada penyokong tajuk dan pihak kedua membangkang tajuk itu.
  • Huraian yang dilontarkan mestilah berpandukan kepada fakta.
  • Setiap pihak haruslah yakin dan menegakkan fakta yang diutarakan.
  • Pihak pemnbangkang boleh mengangkat tangan dan meminta izin laluan untuk memperbetulkan fakta pihak pencadang dan sebaliknya.
  • Sesi pengulasan akan dibuat daripada setiap ahli setelah selesai.masa yang diberikan untuk sesi berdebat akan ditetapkan.


PIDATO

  • Huraian isi-isi yang melibatkan fakta atau prinsip-prinsip berdasarkan tajuk yang diberikan.interaksi satu hala di mana pemidato membentangkan hujah-hujahnya di depan penonton.
  • Pidato bukan membaca tetapi menerangkan, memberi interpretasi dan menghuraikan idea-idea untuk menguatkan fakta yang diketengahkan.
  • Hal ini membolehkan penyampaian isi pidato lebih kukuh kerana adanya fakta beserta contoh yang diberikan.


PANTUN

  • Pantun adalah merupakan satu bentuk puisi tradisional bersifat peribumi.
  • Rangkap-rangkap pantun yang ringkas dan mudah, berbentuk kias ibarat, usik mengusik, dan puji memuji.
  • Seperti perumpamaan, bidalan dan rumus-rumus bahasa tersirat.
  • Istilah pantun bagi orang melayu seringkali membawa maksud “umpama” dan “ibarat”.
  • Pantun juga sering ditukar ganti dengan perumpamaan
  • Dari perumpamaan atau bidalan jugalah rangkap pantun berkembang.
  • Mulanya 2 baris, kemudian 4 baris dan seterusnya 8 baris.


SAJAK

  • Sajak merupakan satu bentuk puisi lisan moden lebih bebas berbanding puisi tradisional seperti pantun dan syair.
  • Rangkap dan temanya tidak terhad dan bebas.Baris dan rentak dalam sajak tidak terhad.
  • Pengarang bebas pilih baris dan rentak untuk hasilkan sajak.
  • Penggunaan kata dan ungkapan saling berkait dan terjalin erat berdasarkan makna dan irama.


CERAMAH

  • Ceramah merupakan pengucapan tentang bidang tertentu disampaikan oleh orang yang pakar.
  • Penerangan dan penjelasan tentang perkara yang menjadi perbincangan umum, topik disampaikan penceramah kepada penonton.
  • Ceramah biasanya diadakan di majlis atau di perhimpunan.antara jenis-jenis ceramah ialah :-
    • Ceramah agama
    • Ceramah pendidikan
    • Ceramah kesihatan
    • Ceramah kesedaran dan sebagainya



SYARAHAN

  • Aktiviti jenis ini berformat khusus. Syarahan mestilah mempunyai :
    • Kata alu-aluan/pendahuluan
    • Kata-kata penghadapan
    • Isi
    • Penutup
  • Penerangan dan penjelasan tentang tajuk syarahan perlu disampaikan secara teratur, mantap, dan berkesan.
  • Isi-isi syarahan perlu berdasarkan fakta-fakta yang tepat bersertacontoh-contoh yang relevan. Isi-isi utama perlulah disokong oleh isi-isi sampingan.
  • Sebagai langkah awal syarahan, sediakanlah suatu rangka penulisan untuk dijadikan panduan semasa aktiviti syarahan


Peringkat / Langkah Kemahiran :

Persediaan
  1. Memahami tajuk dan kehendak soalan.
  2. Mengumpulkan idea / isi-isi penting tentang tajuk syarahan.
  3. Menyusun idea-idea / isi-isi dan membuat rangka syarahan.

Penulisan
  1. Menulis perenggan pendahuluan
  2. Mengembangkan isi-isi secara tersusun
  3. Menyatakan kesimpulan/penegasan dalam perenggan penutup

Penyemakan
  1. Menyemak ejaan dan tanda baca
  2. Menyemak tatabahasa
  3. Menyemak jumlah perkataan

0 comments: