BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, October 7, 2010

ISL 9 - PENILAIAN KEMAHIRAN BAHASA

Penilaian Kemahiran Lisan

Kemahiran lisan melibatkan dua kemahiran asas iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur.

Kemahiran mendengar :
  • Kemahiran paling asas
  • Berlaku pada peringkat penerimaan
  • Murid yg telah menguasai kemahiran ini mampu bertutur, memahami, dan mentafsir apa yg didengar.

Kemahiran bertutur :
  • Melafazkan bunyi-bunyi bahasa daripada alat2 artikulasi
  • Peringkat penglahiran
  • Perlu ditiru & diajuk
  • Model bahasa lemah hasil ajukan yg lemah, tp model bahasa baik tidak semestinya menjamin ajukan yg baik.

Tujuan kemahiran lisan :

  • Menyebut perkataan / ayat dgn betul
  • Melatih murid mendengar & memahami pertuturan org lain.
  • Untuk berinteraksi dgn org lain (menyampaikan perasaan, kehendak, dll).
  • Melatih murid agar berkeyakinan & percaya kpd diri (berani bercakap, menyatakan perasaan dan kehendak)
  • Membolehkan murid bertutur menggunakan ayat yg tersusun, perkataan yg sesuai, & perbendaharaan kata yg luas.

Kemahiran-kemahiran yang boleh :

  • Bertutur dgn tenang menggunakan gaya yg betul
  • Bertutur dgn nada, intonasi, & sebutan yg betul.
  • Mendengar dgn baik, memahami perkara yg didengar, & menghormati pertuturan org lain.
  • Bercerita & membuat laporan menggunakan bahasa yg menarik & betul.
  • Berkebolehan memberi arahan dgn berkesan.
  • Mengunakan bahasa yg baik  mengikut situasi.


Kemahiran lisan boleh dinilai melalui aktiviti seperti yang berikut:
  • Bacaan kuat
  • Syarahan
  • Perbahasan
  • Bercerita
  • Perbincangan
  • Hafazan
  • Temu bual
  • Soal jawab
  • Nyanyian
  • Deklamasi sajak
  • Mendengar dan memberi respon secara lisan

Penilaian lisan membolehkan guru :

  • Mengesan kemajuan dan pencapaian murid dalam kemahiran mendengar dan bertutur secara gramatis.
  • Mendapat maklumat serta-merta tentang pengetahuan dan kefahaman murid.
  • Mengesan kebolehan murid dalam kemahiran membaca dan menghafaz.
  • Mengesan kelancaran dalam sebutan.
  • Mengesan amalan dan sikap murid secara serta merta.


Instrumen penilaian lisan boleh dipelbagaikan merangkumi soalan dan aktiviti yang memerlukan respon murid dalam bentuk lisan.
Cth : PLBS

  • Menyediakan instrumen soalan, pernyataan, ilustrasi dan bahan rangsangan perlu jelas dan mudah difahami.
  • Aktiviti/bahan boleh merangsang murid mengeluarkan idea.
  • Pelbagai bentuk soalan seperti soalan bertumpu dan bercapah digunakan untuk merangsang murid berfikir.
  • Aras kesukaran perlu sesuai dengan kebolehan murid.


Penilaian Kemahiran Menulis

Penilaian secara penulisan melibatkan aktiviti menyemak dan memeriksa tugasan dan hasil penulisan murid seperti:
  • Karangan
  • Laporan projek/kerja kursus/folio
  • Latihan dan ujian bertulis
  • Huraian atau tafsiran peta, jadual, graf atau carta.
  • Instrument penilaian menulis. Digunakan untuk mengesan kemahiran bahasa dan perkembangan intelek murid yang meliputi kemahiran seperti yang berikut :
  • Kemahiran menulis
  • Menyusun idea
  • Penggunaan tanda baca
  • Perbendaharaan kata
  • Mengaplikasi
  • Mentafsir
  •  Menilai

Perlu diingat, dalam menyediakan soalan-soalan yang sahih, perkara berikut perlu diambil kira :
  • Soalan menepati kemahiran yang hendak diuji.
  • Bahasa yang digunakan jelas dan mudah difahami.
  • Bilangan soalan sesuai dengan masa yang diperuntukkan.
  • Aras kesukaran soalan dipelbagaikan.
  • Skema pemarkahan disediakan.


Bentuk item

1. Bentuk Item Objektif
2. Bentuk Item Subjektif

Mengesan serta merta
  • Tujuan – mengesan penguasaan hasil pembelajaran dgn serta-merta semasa pengajaran harian
  • Contoh : Menilai kefahaman dan pengetahuan serta kemahiran berbahasa melalui hasil kerja murid.
  • Bagaimana ?: (Dirancang jika perlu, individu @ kumpulan, tiada instrumen khusus )
  • Merekod & Melapor : (Perlu direkod dan dilaporkan jika perlu )
  • Tindakan Susulan : (Perlu tindakan serta-merta seperti; bimbingan, teguran, nasihat dan pujian)

Mengesan kemajuan
  • Tujuan – mengesan kekuatan dan kelemahan selepas beberapa pembelajaran
  • Bagaimana? : (Perlu dirancang, individu @ kumpulan, gunakan instrumen seperti -lembaran kerja dan ujian bertulis )
  • Merekod & Melapor (perlu direkod dan dilaporkan jika perlu
  • Tindakan Susulan (Perlu tindakan susulan )
  • Contoh : menilai laporan bertulis dan menilai murid melalui ujian: objektif @ subjektif.
Mengesan pencapaian
  • Tujuan – mengesan pencapaian selepas beberapa pembelajaran
  • Bagaimana? : (Perlu dirancang, secara individu, gunakan ujian bertulis)
  • Contoh : Melalui ujian bertulis seperti ujian objektif dan subjektif.
  • Tindakan susulan (Harus diambil jika perlu )
  • Merekod & melapor (Perlu direkod dan dilapor )

Penilaian kemahiran membaca

Antara aspek yang digunakan untuk menilai kemahiran membaca :
  • Penggunaan bahasa yang tepat.
  • Kelancaran berbahasa yang baik.
  • Penggunaan intonasi yang betul.
  • Sebutan dan jeda yang tepat

0 comments: